Pasangan Mata Wang



Kebanyakan pedagang-pedagang baru sentiasa bertaya soalan tentang pasangan mata wang, untuk mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang pasangan mata wang dan bagaimana mereka didagangkan di dalam pasaran Forex, mari kita pecahkan beberapa aspek penting di dalam perdagangan pasangan mata wang.

Mata wang adalah bentuk wang yang diterima secara universal, seperti syiling dan wang kertas yang digunakan di dalam pertukaran untuk barangan-barangan lain.

Biasanya, setiap negara mempunyai mata wang mereka sendiri. Kecuali euro, yang digunakan oleh beberapa negara-negara Eropah sebagai mata wang rasmi mereka.

Pedagang biasanya berurusan dengan mata wang di dalam pasaran FX, yang diiktiraf sebagai salah satu daripada pasaran yang didagangkan secara besar-besaran di dunia.

 

Jadi Apakah Itu Pasangan Mata Wang?

Pasangan mata wang ialah sebut harga daripada nilai yang berkaitan dengan mata wang dalam perbandingan kepada mata wang yang lain dalam perdagangan forex.

Mata wang pertama di dalam pasangan mata wang adalah mata wang asas, sementara mata wang yang kedua yang digunakan sebagai rujukan dipanggil mata wang sebut harga.

Dengan pasangan mata wang, pedagang-pedagang akan dapat mengetahui berapakah mata wang sebut harga yang diperlukan untuk membeli satu unit mata wang asas.

 

Bagaimana untuk berdagang Pasangan Mata Wang?

Perdagangan forex dilakukan dengan membeli satu mata wang dan menjual yang lain pada masa yang sama, walau bagaimanapun, pasangan mata wang boleh dianggap sebagai alat tunggal yang boleh didagangkan di dalam pasaran.

Ramai pedagang-pedagang kali pertama bertanya tentang proses perdagangan pasangan mata wang. Apabila membeli pasangan mata wang, pedagang sebenarnya membeli mata wang asas manakala menjual mata wang sebut harga. Harga pembelian menandakan berapa banyak mata wang rujukan diperlukan untuk pedagang memperoleh satu unit mata wang asas.

Sebaliknya, penjualan pasangan mata wang bermaksud pedagang menjual mata wang asas dan mendapat mata wang sebut harga. Harga jualan pasangan mata wang menunjukkan berapa banyak pedagang akan berjaya di dalam mata wang sebut harga untuk mendagangkan satu unit mata wang asas.

Sebagai contoh, sebut harga pasangan USD/EUR adalah 1.5 dan pedagang membuat keputusan untuk membeli pasangan tersebut. Ini bermakna bagi setiap 1.5 euro yang dijual, pedagang menerima $1. Sebaliknya, jika pedagang memutuskan untuk menjual pasangan mata wang tersebut, pedagang akan mendapat 1.5 euro untuk setiap $1 yang dijual.

Pasangan Mata Wang paling banyak Didagangkan

Trade12, menawarkan pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan di dunia dan pelbagai pasangan mata wang yang boleh dipilih oleh pedagang-pedagang forex.

Di dalam pasaran Forex, terdapat tujuh pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan, termasuk empat yang paling terkenal atau pasangan utama.

Ini adalah pasangan mata wang yang terkenal, atau lebih dipanggil sebagai pasangan mata wang utama:

  • EUR/USD - (euro/dollar)
  • USD/JPY -(U.S. dollar/Japanese yen)
  • GBP/USD - (British pound/dollar)
  • USD/CHF - (U.S. dollar/Swiss franc)

 

Di bawah adalah tiga pasangan komoditi, yang kurang terkenal di dalam pasaran Forex:

  • AUD/USD - (Australian dollar/U.S. dollar)
  • USD/CAD - (U.S. dollar/Canadian dollar)
  • NZD/USD - (New Zealand dollar/U.S. dollar)

Perdagangan di dalam pasaran mata wang berkemungkinan sedikit berisiko, pilih broker forex terbaik dan daftar akaun langsung dengan Trade12.com. Kami menyediakan kesemua alat dan perkhidmatan yang perlu untuk kejayaan perdagangan dalam talian anda!